Friday, 11 October 2013
Syamsul Mula Bersuara Perihal KL Gangster 2
TIADA istilah saya mahu membiarkan ayah (Datuk Yusof Haslam) berjuang bersendirian selepas apa yang berlaku kepada filem KL Gangster 2,” kata Syamsul Yusof, yang tampil buat kali pertama selepas kira-kira sebulan menyepikan diri apabila filem aksi arahannya menjadi mangsa rompakan digital paling teruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Biarpun pada dasarnya, tanggungjawab terhadap filem berkenaan sudah pun selesai sebaik saja dia menyempurnakan judul itu, namun akui Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-23 dan ke-24 ini, dia akur peranannya juga penting dalam memastikan kejayaan naskhah terbabit di pasaran.
Justeru, selain usaha dilakukan penerbit serta pasukan promosi, dia juga cuba membantu menerusi caranya sendiri.
“Setiap hari saya mengikuti perkembangan industri, terutama perkembangan filem saya yang menjadi mangsa parasit tidak bertanggungjawab. Dalam masa yang samasaya ada hadir ke beberapa lokasi promosi bersama pelakon lain, cuma tiada media yang tahu.
“Ayah saya memahami situasi sedang saya hadapi. Apa pun saya lebih selesa membiarkan ayah bercakap mengenai isu ini kerana dialah penerbitnya dan lebih layak untuk mengulas mengenai perkara itu.
“Lagipun, apa yang dia perkatakan itu sama dengan apa yang ingin saya luahkan,” katanya kepada HIP, semalam, ketika mengulas tindakannya yang dikatakan menyepikan diri selepas musibah menimpa filem susulan arahannya itu. – Berita Harian
Komen Anda?
BACA YANG INI PULAK :-)
-
Akhirnya kontroversi yang melanda pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal terjawab sudah. Kisah berhubung kontroversi mereka me...
-
Pelakon Faizal Hussein mengakui Erra Fazira merupakan di antara penyebab utama dirinya menerima tawaran untuk membintangi filem terba...
-
Dalam isu perkahwinan rahsia pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, satu perkara yang dipersoalkan oleh ramai pihak ialah status perkahwi...
-
PEMILIK syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG), David Teo menafikan tuduhan artis residennya, Wawa Zainal yang mengat...
-
KUALA TERENGGANU: Seorang suri rumah hampir pengsan sejurus menyedari bayinya yang berusia 10 bulan digilis kereta yang dipandunya ketika d...

