Saturday, 12 October 2013
David Teo Sampai Kuarantin Wawa…Ye Ke?
PEMILIK syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG), David Teo menafikan tuduhan artis residennya, Wawa Zainal yang mengatakan MIG pernah ‘mengurung’ serta menguarantin dirinya selama sebulan adalah satu tuduhan yang mengarut dan tidak berasas.
Wawa mengatakan dia dikuarantin daripada berjumpa Aeril selepas pihak pengurusan mula menghidu kisah cintanya dengan Aeril Zafrel.
Mengulas mengenai perkara itu, David menjelaskan, “tidak mungkin! Itu tuduhan mengarut. Jika benar dikuarantin, macam mana Wawa boleh menyelinap keluar daripada kediaman yang pihak MIG sediakan untuk berjumpa dengan Aeril? Dan jika dikuarantin, maka mereka tidak mungkin boleh ada anak, bukan”?
Pada sidang media semalam, Wawa dan Aeril mendedahkan mereka terpaksa merahsiakan perkahwinan mereka kerana takut melanggar kontrak yang melarang artis MIG daripada bercinta dan berkahwin.
Namun, David menafikan tidak membenarkan mana-mana artis di bawah naungannya untuk berkahwin.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya. Memang dalam kontrak kami tidak membenarkan artis bercinta.
Tetapi mereka boleh membuat pengesahan kepada pihak pengurusan sekiranya mereka sudah berkahwin,” katanya memetik kenyataan mStar Online.
Di sebalik semua kontroversi yang melanda pasangan muda itu, David dikatakan masih lagi menerima Wawa sebagai artis naungan MIG kerana berpendapat bahawa kejelitaan Wawa boleh membawanya untuk pergi lebih jauh dalma bidang seni tempatan.
Komen Anda?
BACA YANG INI PULAK :-)
-
Dalam isu perkahwinan rahsia pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, satu perkara yang dipersoalkan oleh ramai pihak ialah status perkahwi...
-
Khabar angin, ibarat angin yang bertiup perkhabaran itu sekejap datang dan sekejap hilang dibawa angin. Begitulah juga dengan gosi...
-
TIADA istilah saya mahu membiarkan ayah (Datuk Yusof Haslam) berjuang bersendirian selepas apa yang berlaku kepada filem KL Gangster 2,”...
-
Walaupun kes pergolakan rumahtangga dengan Rita Rudaini masih lagi dalam prosiding mahkamah, namun Aidil Zafuan kini dilaporkan sudah...
-
Umum tahu Khamis minggu lepas, Nurul Wahab baru sahaja melahirkan putera keduanya yang dikenali sebagai baby Z. Setelah cukup semin...