Berhubung sebuah artikel yang disiarkan melalui sebuah tabloid tempatan pada hari Ahad lepas (6 Oktober), Aeril dan Wawa dikatakan sudah bernikah pada bulan Februari 2013 dan Wawa telah pun selamat bersalin pada 24 Ogos baru-baru ini.
Tak cukup disitu, tabloid berkenaan turut mendedahkan bahawa sebuah dokumen nikah dan dokumen kelahiran dipercayai anak Wawa Zainal dan Aeril pernah didaftarkan di sebuah pejabat agama daerah di Selangor dan di Jabatan Pendaftaran Negara.
Sebentar tadi, kami berjaya menemui Aeril yang sedang menjalani penggambaran untuk mengesahkan samada benarkah dakwaan wujudnya dokumen-dokumen tersebut.
“Pada sidang media nanti, semuanya akan direkodkan untuk tindakan mahkamah. Apa saja yang ditunjukkan samada dokumen ke apa, akan menjadi bukti.“Kita cabar pihak berkenaan, jika ada bukti, bawalah semuanya,” jelas pengurus Aeril.
Aeril yang masih enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi yang melanda dirinya berkali-kali menegaskan bahawa segalanya akan terjawab pada sidang media rasmi yang akan diadakan pada hari Jumaat ini.
Aeril Zafril dikatakan telah bernikah dengan Wawa Zainal pada 4 Februari lepas“Saya rasa buat masa sekarang saya tak boleh komen hal peribadi saya.“Bagi saya, saya tak nak bagi kenyataan dua kali. Sidang media itu nanti khas untuk saya ditanya soalan.“Wawa Zainal pun akan ada sekali.”
Kontroversi Wawa dan Aeril menjadi semakin hangat apabila mereka berdua telah menulis beberapa buah tweet yang telah mengundang pelbagai spekulasi dari peminat dan media. Namun, Aeril yang sebelum ini telah dihubungi melalui panggilan telefon dan mesej dikatakan cuba melarikan diri dari media.
“Istilah melarikan diri, saya rasa tak pernah wujud dalam diri saya. Saya rasa sebagai seorang artis, saya lari mana pun orang lain akan persoalkan saya juga.“Untuk diri saya, ada lah sebab kenapa saya berdiam diri dan tak jawab sms serta call. Bukan saya nak lari, tapi saya sendiri akan adakan sidang media nanti.”
Ditanya mengenai David Teo, Ariel menafikan dirinya terasa pada pengarah itu dan memberitahu dia tidak mempunyai niat langsung untuk memarahi bekas bosnya itu.
“Saya berdiam bukan bermakna saya salah. Waktu ini sebenarnya ujian keimanan saya sedang diuji. Mungkin Tuhan nak uji saya dari segi pandangan manusia. Atau Tuhan nak uji saya samada saya redha atau cepat marah.“Itu semua saya rasa ujian Tuhan untuk diri saya. Biarlah terjawab Jumaat nanti dan saya rasa mungkin ada hikmah yang besar Tuhan nak tunjuk pada saya,” tambah Ariel lagi.
Pelakon berusia 25 tahun ini kini sedang menjalani penggambaran untuk sebuah telemovie Aidiladha berjudul “Cinta Mat Semprit” bersama Izara Aishah dan juga Fasha Sandha