Monday, 14 October 2013

Ustaz Azhar Idrus Jelaskan Hukum Nikah Dua Kali



Dalam isu perkahwinan rahsia pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, satu perkara yang dipersoalkan oleh ramai pihak ialah status perkahwinannya selepas bernikah sebanyak dua kali. Menurut Aeril, pernikahan kali pertama pada 25 Februari 2012 di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya hanya memenuhi hukum syarak sahaja tanpa sebarang dokumen dan berwalikan bapa Wawa. Pernikahan kedua pula ialah untuk memenuhi syarat undang-undang negara dan seterusnya mendafftarkan perkahwinan di jabatan agama masing-masing. Bagi menjernihkan isu ini, sebuah video mengenai isu ini telah dimuatnaik di laman YouTube di mana Ustaz Azhar Idrus memberi penjelasan mengenainya. Menurutnya, pernikahan itu adalah sah asalkan pasangan mematuhi hukum dan syarat sah yang ditetapkan Islam walaupun bernikah sehingga dua kali. Apapun, anda tontonlah sendiri video ini supaya lebih jelas dan faham dengan penjelasan Ustaz Azhar mengenai isu ini daripada bertindak sebagai ustaz dan ustazah ‘wannabe’ di laman sosial.


Saturday, 12 October 2013

Aeril Zafrel Sedih Dituduh Punya Anak Luar Nikah






PADA awalnya, sidang media khas Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang diadakan restoran Western 114 di Neo Damansara, petang semalam bermula dalam suasana tenang.
Meskipun pasangan kontroversi ini membiarkan pihak media menunggu mereka 1 jam lewat dari masa yang dijanjikan, namun pihak media masih boleh bersabar dan memahami keadaan mereka – terperangkap dalam kesesakan lalulintas, katanya.
Namun pertengahannya perjalanan majlis yang dipenuhi pihak media itu menjadi agak tegang apabila Aeril yang sejak dari awal banyak berkias dalam memberikan setiap jawapan sehingga sikapnya itu ditegur oleh para wartawan. Manakan pihak media tidak berang, sudahlah majlis bermula lambat, Aeril pula masih lagi seperti mahu memutar belitkan jawapan dengan ‘hujah-hujahnya’.
Padahal dia boleh saja berterus terang untuk menjimatkan masa pihak media.
Begitu pun, dalam pada dia berbalas hujahnya dengan pihak media, Aeril meluahkan rasa kesal kerana tidak mendedahkan status mereka lebih awal. Aeril juga turut mempersoalkan tujuan media membongkar hal perkahwinan mereka.
“Ya saya menyesal kerana tidak mendedahkan status perhubungan ini lebih awal dan pada masa sama tertanya-tanya apakah tujuan wartawan itu mendedahkan hal kami? Mengaku atau tidak, itu hak kami untuk memberitahu.

“Saya sedih apabila banyak tohmahan dilemparkan kononnya anak saya tidak sah taraf. Apabila tengok anak sedang tidur, saya menangis sedih kerana anak itu dianggap anak haram. Saya tak kisah diri ini dihina, tetapi disebabkan pihak itu mendedahkan anak saya tanpa kebenaran, buatkan saya sedih”, katanya.
Dalam pada Aeril cuba menyalahkan pihak media, kami puji sikap Wawa yang nampak lebih bijak dan matang daripada suaminya bertidak memohon maaf kepada pihak media kerana tidak mahu keaadan menjadi tegang.
“Macam ini, kami meminta maaf kepada semua kerana penafian ini. Apa yang dilakukan semuanya bersebab”, kata Wawa. – mDigest
Kredit foto Faisol Mustafa.

David Teo Sampai Kuarantin Wawa…Ye Ke?



 PEMILIK syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG), David Teo menafikan tuduhan artis residennya, Wawa Zainal yang mengatakan MIG pernah ‘mengurung’ serta menguarantin dirinya selama sebulan adalah satu tuduhan yang mengarut dan tidak berasas.
Wawa mengatakan dia dikuarantin daripada berjumpa Aeril selepas pihak pengurusan mula menghidu kisah cintanya dengan Aeril Zafrel.
Mengulas mengenai perkara itu, David menjelaskan, “tidak mungkin!   Itu tuduhan mengarut.  Jika benar dikuarantin, macam mana Wawa boleh menyelinap keluar daripada kediaman yang pihak MIG sediakan untuk berjumpa dengan Aeril?  Dan jika dikuarantin, maka mereka tidak mungkin boleh ada anak, bukan”?
Pada sidang media semalam, Wawa dan Aeril mendedahkan mereka terpaksa merahsiakan perkahwinan mereka kerana takut melanggar kontrak yang melarang artis MIG daripada bercinta dan berkahwin.

Namun, David menafikan tidak membenarkan mana-mana artis di bawah naungannya untuk berkahwin.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya.  Memang dalam kontrak kami tidak membenarkan artis bercinta.
Tetapi mereka boleh membuat pengesahan kepada pihak pengurusan sekiranya mereka sudah berkahwin,” katanya memetik kenyataan mStar Online.
Di sebalik semua kontroversi yang melanda pasangan muda itu, David dikatakan masih lagi menerima Wawa sebagai artis naungan MIG kerana berpendapat bahawa kejelitaan Wawa boleh membawanya untuk pergi lebih jauh dalma bidang seni tempatan.

Friday, 11 October 2013

Faizal Terima Longkai Kerana Erra Fazira



Pelakon Faizal Hussein mengakui Erra Fazira merupakan di antara penyebab utama dirinya menerima tawaran untuk membintangi filem terbaru terbitan Metrowealth (MIG), Longkai.
Menerusi portal Murai, Faizal berkata dia sudah lama menyimpan keinginan untuk berganding dengan primadona filem Melayu itu sejak sekian lama.
“Selain jalan cerita serta aksi yang mahu ditonjolkan dalam filem ini, saya teruja hendak berlakon dalam filem ini kerana Erra Fazira heorin saya.
“Bila saya dengar Erra berlakon sama, saya teruja sebab memang teringin nak berlakon dengan dia dan kami tiada maslah untuk wujudkan keserasian ketika di set,” katanya.
Longkai arahan Hashim Rejab turut dibintangi oleh Dira Abu Zahar, Pierre Andre, Wawa Zainal dan Along Eyzendy sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula semalam.
Menurut hero yang terkenal dengan watak Roy itu, filemnya kali ini lebih banyak menekankan aspek permainan emosi selain dia turut berpeluang melakonkan aksi stuntnya sendiri.


Syamsul Mula Bersuara Perihal KL Gangster 2



TIADA istilah saya mahu membiarkan ayah (Datuk Yusof Haslam) berjuang bersendirian selepas apa yang berlaku kepada filem KL Gangster 2,” kata Syamsul Yusof, yang tampil buat kali pertama selepas kira-kira sebulan menyepikan diri apabila filem aksi arahannya menjadi mangsa rompakan digital paling teruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Biarpun pada dasarnya, tanggungjawab terhadap filem berkenaan sudah pun selesai sebaik saja dia menyempurnakan judul itu, namun akui Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-23 dan ke-24 ini, dia akur peranannya juga penting dalam memastikan kejayaan naskhah terbabit di pasaran.
Justeru, selain usaha dilakukan penerbit serta pasukan promosi, dia juga cuba membantu menerusi caranya sendiri.

“Setiap hari saya mengikuti perkembangan industri, terutama perkembangan filem saya yang menjadi mangsa parasit tidak bertanggungjawab. Dalam masa yang samasaya ada hadir ke beberapa lokasi promosi bersama pelakon lain, cuma tiada media yang tahu.
“Ayah saya memahami situasi sedang saya hadapi. Apa pun saya lebih selesa membiarkan ayah bercakap mengenai isu ini kerana dialah penerbitnya dan lebih layak untuk mengulas mengenai perkara itu.
“Lagipun, apa yang dia perkatakan itu sama dengan apa yang ingin saya luahkan,” katanya kepada HIP, semalam, ketika mengulas tindakannya yang dikatakan menyepikan diri selepas musibah menimpa filem susulan arahannya itu. – Berita Harian

Kontroversi P’kahwinan Aeril-Wawa T’jawab Sudah


Akhirnya kontroversi yang melanda pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal terjawab sudah.
Kisah berhubung kontroversi mereka menjadi perbualan apabila akhbar sisipan mingguan Bipop berjaya membongkar perkahwinan Aeril dan Wawa menerusi penyiasatan penuh ala-ala Crime Scene Investigation (CSI).
Hari ini mereka tampil memberikan kenyataan mengakui sudah bernikah sebanyak dua kali.
Pertama kali, mereka bernikah pada 25 Februari tahun lalu tanpa menghebohkannya kepada pihak media.
Kemudiannya, buat kali kedua, mereka bernikah semula pada 4 Februari tahun ini tanpa diketahui apa sebab musababnya.
Pada ketika itu mereka hanya bernikah tanpa sebarang dokumen dan hanya bernikah mengikut hukum syarak iaitu berwalikan bapa Wawa dan dinikahkan oleh seorang imam yang di datangkan khas dari Sabah.
“Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab,” katanya memetik laporan mStar Online.
Sementara itu, menerusi portal Ohbulan, Aeril menjelaskan, “Kami bernikah hanya untuk menghalalkan perhubungan dan pada masa itu Wawa meminta izin daripada saya untuk tidak mendedahkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan”.
“Namun begitu, setelah Wawa memberitahu saya yang dia mengandung pada bulan Januari 2013, kami mengambil keputusan untuk bernikah lagi sekali dengan dia pada Februari 2013 di Masjid Datuk Harun dan pada waktu itu kami mengikut undang-undang negara. Kami juga mengikuti kursus kahwin dan daftarkan perkahwinan tersebut mengikut jalan yang betul. Kami nikah kali kedua sebab saya nak anak saya lahir nanti dia ber-bin kan dengan nama saya dan bukannya ber-bin kan Abdullah.


“Mungkin orang beranggapan kami terlanjur tapi dari sisi agama sebenarnya anak itu memang sah di sisi agama dan Allah,” ulasnya lagi.
Hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar yang telah dilahirkan pada 24 Ogos lalu.
Sebelum ini, Aeril bermati-matian menafikan dirinya berkahwin dengan Wawa dan kehilangan Wawa juga diragui oleh pihak syarikat pengurusannya, MIG yang ditunjanginya oleh Mejar David Teo.
Wawa dikatakan menghilangkan diri daripada dunia hiburan pada April lalu dan Aeril menyatakan ‘teman tapi mesranya’ itu sedang berubat penyakit misteri di kampung halaman aktres itu yang terletak di Lahad Datu, Sabah.
Mereka berdua dikatakan mula rapat selepas membintangi drama bersiri Klik dan sekali lagi digandingkan bersama menerusi filem 99 Kali Rindu terbitan MIG.
Nama anak mereka iaitu Ahmad Fakharuddin Attar juga tidak asing dalam diri Aeril apabila nama itu merupakan nama wataknya menerusi filem bergenre Islamik itu.
Sebelum ini, artis-artis di bawah syarikat pengurusan MIG dikatakan tidak boleh bercinta kerana terikat dengan kontrak serta syarat yang sudah termaktub dalam polisi syarikat tersebut.
Persoalannya kini, adakah Aeril dan Wawa merahsiakan perkahwinan mereka kerana ‘takut’ dengan syarat David Teo ataupun sememangnya mereka sudah ‘ehem ehem’ sebelum itu lantas menggunakan alasan dua kali bernikah untuk mengaburi mata masyarakat di luar sana?
Wallahualam.. Hanya Aeril dan Wawa yang mengetahui jawapannya – Mynewshub.my


TERKINI..Aeril Zafrel & Wawa Zainal Mengaku Nikah Dua Kali



PELAKON Aeril Zafrel akhirnya mengaku hubungannya dengan aktres Wawa Zainal selama ini bukanlah teman biasa tetapi mereka sebenarnya adalah suami-isteri.
Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dan Wawa, 22, telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia tanpa dihebohkan kepada pihak media.
“Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis yang diadakan di sebuah restoran di Neo Damansara, di sini petang Jumaat.


Tambah Aeril, mereka bernikah sebanyak dua kali iaitu pada kali kedua , 4 Februari lalu, hampir setahun selepas pernikahan pertama.
Terdahulu, akhbar pada Ahad lalu melaporkan Aerial sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, secara senyap.
Hasil perkahwinan itu mereka dikatakan telah mendapat anak pada 24 Ogos lalu yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.
Terdahulu, desas-desus tentang hubungan rapat mereka telah terdengar namun dinafikan Aeril dengan memberitahu hubungan baik tersebut hanya sebagai rakan artis semata-mata manakala Wawa dikatakan pulang ke kampung halamannya di Sabah akibat sakit misteri.


Didie enggan drastik

Cukup dikenali dengan jolokan ‘Lady Gaga Malaysia’, siapa yang tidak kenal dengan Didie Alias. Apatah lagi, dengan sikap Didie yang ramah, n­yata dia amat disenangi.
Apapun, di sebalik keberanian Didie tampil de­ngan pelbagai fesyen yang agak pelik dan lain daripada yang lain, siapa sangka Didie mampu menjiwai watak keagamaan dengan baik.
Ia dibuktikannya menerusi telefilem istimewa Aidiladha, Designer Didie Naik Haji terbitan RTM yang akan menemui penonton pada 15 Oktober ini, jam 10 malam 
di TV1.
                                                                           Didie Alias

Didie yang melakonkan watak seorang pereka fesyen terkenal yang jahil agama tetapi ada keinginan 
melakukan perubahan ke arah kebaikan kerana dia mempunyai impian mengerjakan haji di Tanah Suci Makkah.
Atas inisiatifnya, Didie dengan nekad belajar agama secara diam-diam daripada seorang ustaz muda tanpa pengetahuan dua anaknya kerana malu dengan kejahilan diri.

Ditanya mengenai perasaannya membintangi telefilem istimewa itu, Didie berkata, dia sangat teruja. Apatah lagi, kalau diikutkan ia peluang pertamanya bekerjasama dengan produksi RTM.

“Biar pun tiada sebarang masalah dengan pihak RTM, saya akui rezeki agak tertutup sedikit untuk menjayakan sebarang projek drama atau telefilem dengan stesen TV kerajaan ini.

“Bukan tidak pernah mendapat tawaran daripada RTM tetapi sering saja terpaksa ditolak kerana jadual tidak kena dan bertindih dengan kerja saya bersama produksi lain,” katanya.

Pun begitu, rezeki dalam pengacaraan dengan RTM pula, Didie berkata dia masih bernasib baik kerana sering terbabit mengacarakan beberapa program terbitan RTM.

Menyentuh pula keinginannya untuk bertudung, kata Didie, dia sentiasa berdoa ke hadrat Ilahi supaya hatinya terbuka untuk berhijrah suatu hari nanti.

Bagaimanapun, katanya, kalau sampai masa dia berhijrah nanti, biarlah secara ikhlas. Menurutnya, dia tidak mahu berubah secara drastik kerana sekali sudah berubah, biarlah kekal selamanya.

Kata Didie lagi, sebenarnya dia mengharapkan diri akan berubah suatu hari nanti kerana empat anak gadisnya kini masing-masing sudah bertudung.

Sehubungan itu, barisan pelakon lain yang turut membintangi telefilem Designer Didie Naik Haji ialah Amar Asyraf, Chacha Maembong, Ady Ash­raf dan Maimunah Ahmad.

5 gelandangan diselamat bomba

Kuala Lumpur: “Ketika kami sedang tidur, saya terasa seperti air mengenai badan dan apabila terjaga didapati air Sungai Klang sudah mulai naik,” kata Shah, 26, seorang gelandangan yang terpaksa berpaut pada tebing tinggi hampir empat jam di bawah Jambatan Warisan berdekatan Pasar Seni, di sini, petang semalam.

Shah seorang daripada lima gelandangan berusia 19 dan 33 tahun yang diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur selepas terperangkap di bawah jambatan berkenaan berikutan air naik dalam kejadian hujan lebat bermula kira-kira jam 3.30 petang.

Katanya, dia bersama empat lagi rakan lain pada mulanya berdiri di kawasan tinggi dan apabila hujan semakin lebat, paras air sungai naik dan akhirnya mereka terpaksa berpaut pada tebing tinggi.


“Apabila hujan lebat, saya berasa bimbang jika air naik lebih tinggi. Ketika itu, secara kebetulan saya ternampak seorang rakan yang juga tinggal di tempat sama dan menjerit meminta tolong daripadanya.

L
         LIMA gelandangan terperangkap di bawah jambatan berikhtiar mencari jalan keluar.      

“Akhirnya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur datang menyelamatkan kami,” katanya.

Nurul Wahab Kongsi Wajah Baby Z



Umum tahu Khamis minggu lepas, Nurul Wahab baru sahaja melahirkan putera keduanya yang dikenali sebagai baby Z.
Setelah cukup seminggu bayi tersebut melihat dunia, Nurul akhirnya mengambil keputusan untuk berkongsi wajah comel baby Z bersama peminat dan menurut Nurul, wajah serta mata bayinya itu lebih mewarisi suaminya, Eric.
Foto : Nurul Wahab Kongsi Wajah Baby Z

                                             Nurul & Eric bersama putera mereka, baby Z

Selain itu, penyanyi tersebut turut melahirkan rasa syukur atas kurniaan rezeki yang telah diberikan oleh yang maha Esa buat mereka sekeluarga dan dalam masa yang sama, Nurul akui Eric merupakan seorang suami yang baik serta bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang bapa.
Foto : Nurul Wahab Kongsi Wajah Baby Z
Oleh itu, untuk semua peminat yang sudah tidak sabar untuk melihat wajah baby Z, di sini kami kongsikan beberapa foto comel bayi tersebut yang telah dikongsikan oleh Nurul menerusi blog rasminya semalam.





Thursday, 10 October 2013

Pegawai polis wanita direman bantu siasatan kes tahanan lari

Georgetown: Seorang pegawai polis wanita berpangkat Asisten Superintendan (ASP) direman tiga hari bagi membantu siasatan berkaitan seorang tahanan meloloskan diri.
Pegawai wanita terbabit yang bertugas di Cawangan Mahkamah direman bermula hari ini.
Difahamkan, kad kuasa dan telefon bimbitnya turut dirampas bagi membantu siasatan berkaitan tahanan lari ketika berada di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan tahanan yang lolos itu adalah 'kasanova internet' yang dilaporkan menipu beberapa wanita.


Suspek dibawa dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands, Pahang untuk dibicarakan di Pulau Pinang.

Wednesday, 9 October 2013

SUNNAH DI BULAN ZULHIJJAH

Sedikit perkongsian berkaitan amalan setiap muslim di bulan Zulhijjah.

Mengikut kalendar, maghrib 05 Oktober 2013 Sabtu malam Ahad adalah bermula 01 Zulhijjah 1434 Hijrah.





Justeru, bagi semua yang terlibat dengan ibadah korban, disunnahkan agar tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah sehingga ke hari dia telah menyembelih haiwan korbannya. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka janganlah memotong sedikitpun dari rambut dan kukunya." (Hadith Riwayat Muslim)

Pada Isnin 14 Oktober adalah merupakan Hari Arafah, 9 zulhijjah. Disunatkan puasa kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya; Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan at-Tirmizi)

Takbir raya Aidil Adha bermula  selepas Solat Subuh hari ke 9 Zulhijjah (14 Oktober) dan berakhir selepas Asar hari ke 13 Zulhijjah.

Hari Selasa 15 Oktober bersamaan 10 Zulhijjah adalah hari raya Eidul Adha.

Hadis dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW bersabda: “Tidak ada amal yang dilakukan di hari yang lebih agung dan lebih dicintai Allah melebihi amal yang dilakukan di tanggal 1 – 10 Zulhijjah. Oleh kerana itu, perbanyaklah membaca tahlil, takbir, dan tahmid pada hari itu.” (HR. Ahmad & Sanadnya disahihkan Syaikh Ahmad Syakir)

Dianjurkan untuk membawa semua ahli keluarga  termasuk isteri atau anak perempuan yang uzur/haid untuk mendengar khutbah hari raya. Selain itu, Baginda SAW memerintahkan para wanita yang sedang haid untuk turut serta menghadirkan diri di musolla hanya untuk menyaksikan upacara solat Hari Raya tersebut. Ummu ‘Athiyah radhiallahu’ anha telah berkata: Maksudnya: Kami telah diperintahkan (oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) untuk keluar, maka kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar. Ibnu ‘Aun berkata: “atau wanita-wanita pingitan,” dan wanita-wanita yang haid diperintahkan (Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) agar menyaksikan jamaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi tempat solat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 981.


Semoga kita dapat mengambil iktibar, beramal dan menyampaikannya kepada saudara muslim yang lain.


Bacalah kalimah di bawah ini 3x semoga kita dirahmati oleh Allah s.w.t:
“Semoga Allah membalas daripada kami jasa Penghulu kami, Muhammad – semoga Allah mencucuri rahmat dan kesejahteraan ke atasnya – dengan sesuatu yang layak baginya.”

NABILA BOSAN LAYAN CINTA

Kemesraan yang dipamerkan dua pelakon ini menggambarkan mereka seakan sudah lama akrab lantas lantas setiap ‘pose’ diberikan semuanya menjadi.



Hakikatnya, Nabila Huda, 28, dan Nazim Othman, 29, sudah lama berada dalam industri ini namun baru saja akrab selepas beberapa kali keluar bersama kebelakangan ini dan buat kali pertama bergandingan dalam sebuah siri.
Menjadi tunjang kepada siri Sangkar di TV9 yang cukup hebat sambutannya, keserasian mereka cukup dirasai dan Nabila akui meskipun kali pertama berpasangan dengan Nazim, dia terus dapat rentak.

Istimewanya, dalam ramai pelakon lelaki yang pernah digandingkan dengannya, dia mengakui sangat tertarik kepada pelakon tampan itu dan menyifatkan­nya sebagai lelaki Melayu sejati terakhir di matanya.

“Sebelum ini, saya tidak pernah berlakon dengannya dan apa yang jelas tidak sukar untuk kami menjalin ‘chemistry’ memandangkan kami boleh berkongsi banyak perkara.

“Baik di set dan beberapa kali kami keluar lepak bersama, saya selesa berkawan dengannya. Saya rasa dia mempunyai ciri lelaki Melayu sejati terutama pada wajahnya,” katanya.

Sering terpalit dengan kontroversi mengenai kisah cinta yang sering putus di tengah jalan, Nabila enggan mengenang kisah lalu. 

“Sudah-sudahlah dengan kisah cinta. Saya sudah bosan dikaitkan dengan cerita sedemikian dan selesa menjalani kehidupan solo di mana saya rasa lebih bebas dan tidak terseksa.

“Saya tidak mahu lagi membuang masa untuk perkara yang tidak membawa kebaikan kepada karier saya dan sekarang ini mahu berkerja keras dalam lakonan saja,” kata­nya yang pernah intim dengan pelakon Johan As’ari dan DJ Nas-T.

Sekilas mengamati pelakon jelita berkulit sawo matang ini, jelas pada riak wajahnya terserlah keletihan dan mengenali dirinya sebagai seorang yang tidak boleh duduk diam, Nabila mengakui sekarang dia jarang keluar.

Amat mengejutkan, katanya dia lebih bahagia jika berada di set penggambaran berbanding duduk di rumah tidak berbuat apa-apa, apatah lagi mahu keluar melepak, bukan lagi dirinya.

“Entah kenapa tapi saya rasa sangat puas dan tidak kisah pun berada di lokasi penggambaran sepanjang hari kebelakangan ini. Kalau duduk di rumah, rasa macam tak keruan sebab tak tahu apa nak buat.

“Sebab itulah, saya tidak kisah sibuk berlakon dan jadual saya penuh sampai Januari depan. Hampir 90 peratus masa saya dihabiskan di set,” katanya pemenang trofi Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) itu.


Nazim berpijak di bumi nyata

Kebelakangan ini, jejaka berasal dari Johor Bahru, Johor, Nazim nampaknya kian aktif di laman sosial termasuklah Instagram dan Twitter sedangkan dia pernah membuat kenyataan tidak mahu terlalu menonjol.

Hal itu sekali gus bercanggah dengan dirinya yang mahu kelihatan lebih eksklusif tapi sering saja memuat naik gambar memberitahu perkembangan serta lokasinya sehinggakan peminat seperti tahu setiap gerak-gerinya.

Apapun, menjawab mengenai persoalan itu, bagi Nazim sekarang dia perlu berpijak di bumi nyata dan tiada salahnya mahu mendekati peminat.

“Memang saya banyak muat naik foto dan tweet namun bukan bermaksud saya berkongsi segala-galanya kerana masih ada bahagian peribadi saya simpan. Lagipun, baguslah saya dapat membalas mesej peminat sebagai tanda saya menghargai mereka.

“Ikut logik pun, saya masih sedar saya bukannya artis antarabangsa dan perihal eksklusif diri itu tidak boleh disamakan dengan artis di luar negara. Saya percaya dengan cara begini tidak akan menjejaskan eksklusif diri saya,” katanya.

Berdebar namun cukup teruja, menurut Nazim dia tidak sabar menanti reaksi peminat terhadap single berentak rancak nyanyiannya yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Menjadi seorang yang terlalu mementingkan kesempurnaan, dia bagaimanapun tidak mahu terburu-buru melancarkan single itu kerana mahu pastikan semuanya siap pada tahap kualiti seperti diinginkan.

“Sekarang saya mahu tunggu sampai puas hati dengan hasil akhir produk itu. Video muzik untuk single berkenaan sudah siap dan pada masa sama, saya sedang mencari lagu balada untuk pertaruhan kedua,” katanya.

Tidak bimbang dengan tanggapan skeptikal yang akan diterimanya daripada berlakon dan sekarang nak menyanyi pula, Nazim berharap masyarakat jangan mudah jatuh hukum.

Pelajar KPTM KL kena rogol bergilir gilir dengan 13 laki bangla sampai meninggal dunia





tekejut saya bila dapat tahu berita ni. apa nak jadi dengan malaysia sekarang ni?  macam-macam..
masih aman kah malaysia??
jawapan itu ada pada anda sendiri

Al-Fatihah kepada pelajar KPTM yang meninggal dunia dirogol bergilir-gilir oleh 13 bangla. Ya Allah kau rahmati la si mati..

Jika Ada Bukti, Sila Bawa Semuanya – Aeril Zafril


Berhubung sebuah artikel yang disiarkan melalui sebuah tabloid tempatan pada hari Ahad lepas (6 Oktober), Aeril dan Wawa dikatakan sudah bernikah pada bulan Februari 2013 dan Wawa telah pun selamat bersalin pada 24 Ogos baru-baru ini.
Tak cukup disitu, tabloid berkenaan turut mendedahkan bahawa sebuah dokumen nikah dan dokumen kelahiran dipercayai anak Wawa Zainal dan Aeril pernah didaftarkan di sebuah pejabat agama daerah di Selangor dan di Jabatan Pendaftaran Negara.
Sebentar tadi, kami berjaya menemui Aeril yang sedang menjalani penggambaran untuk mengesahkan samada benarkah dakwaan wujudnya dokumen-dokumen tersebut.
“Pada sidang media nanti, semuanya akan direkodkan untuk tindakan mahkamah. Apa saja yang ditunjukkan samada dokumen ke apa, akan menjadi bukti.
“Kita cabar pihak berkenaan, jika ada bukti, bawalah semuanya,” jelas pengurus Aeril.
Aeril yang masih enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi yang melanda dirinya berkali-kali menegaskan bahawa segalanya akan terjawab pada sidang media rasmi yang akan diadakan pada hari Jumaat ini.
“Saya rasa buat masa sekarang saya tak boleh komen hal peribadi saya.
“Bagi saya, saya tak nak bagi kenyataan dua kali. Sidang media itu nanti khas untuk saya ditanya soalan.
“Wawa Zainal  pun akan ada sekali.”
                         Aeril Zafril dikatakan telah bernikah dengan Wawa Zainal pada 4 Februari lepas
Kontroversi Wawa dan Aeril menjadi semakin hangat apabila mereka berdua telah menulis beberapa buah tweet yang telah mengundang pelbagai spekulasi dari peminat dan media. Namun, Aeril yang sebelum ini telah dihubungi melalui panggilan telefon dan mesej dikatakan cuba melarikan diri dari media.
“Istilah melarikan diri, saya rasa tak pernah wujud dalam diri saya. Saya rasa sebagai seorang artis, saya lari mana pun orang lain akan persoalkan saya juga.
“Untuk diri saya, ada lah sebab kenapa saya berdiam diri dan tak jawab sms serta call. Bukan saya nak lari, tapi saya sendiri akan adakan sidang media nanti.”
Ditanya mengenai David Teo, Ariel menafikan dirinya terasa pada pengarah itu dan memberitahu dia tidak mempunyai niat langsung untuk memarahi bekas bosnya itu.
“Saya berdiam bukan bermakna saya salah. Waktu ini sebenarnya ujian keimanan saya sedang diuji. Mungkin Tuhan nak uji saya dari segi pandangan manusia. Atau Tuhan nak uji saya samada saya redha atau cepat marah.
“Itu semua saya rasa ujian Tuhan untuk diri saya. Biarlah terjawab Jumaat nanti dan saya rasa mungkin ada hikmah yang besar Tuhan nak tunjuk pada saya,” tambah Ariel lagi.
Pelakon berusia 25 tahun ini kini sedang menjalani penggambaran untuk sebuah telemovie Aidiladha berjudul “Cinta Mat Semprit” bersama Izara Aishah dan juga Fasha Sandha

Bayi maut digilis kereta

KUALA TERENGGANU: Seorang suri rumah hampir pengsan sejurus menyedari bayinya yang berusia 10 bulan digilis kereta yang dipandunya ketika dia mengundurkan kenderaan itu di kawasan parkir rumahnya di Kampung Gong Pauh di sini, pagi tadi.


Kejadian jam 7.15 pagi itu berlaku ketika Faziah Yusuf, 35, mengundurkan Proton Exora di depan pintu rumah untuk membuat pusingan menuju ke luar bagi menghantar empat anaknya ke sekolah. 
Difahamkan, bayi terbabit, Muhammad Faqih Mohd Fitri sebelum itu berada di dalam rumah, tetapi merangkak keluar di depan pintu dan menuju belakang kereta tanpa disedari Faziah yang terus mengundurkan kereta sehingga menggilis anak bongsunya. 

Faziah hanya menyedari tragedi itu apabila jirannya mengetuk cermin tingkap kereta dan dia kemudian bergegas keluar untuk melihat keadaan bayi berkenaan.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Wad Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, tetapi disahkan meninggal dunia jam 7.30 pagi.

DEBARAN KINI BERMULA

Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) bakal kembali untuk memberi pengiktirafan kepada karyawan seni tanah air pada November ini. Bagi menye­marakkan lagi debaran ASK 2013, TV3 menayang­kan sebahagian telefilem yang dicalonkan pada setiap Khamis jam 10 hingga 12 malam bermula 3 Oktober lalu hingga 21 November depan.



Antara telefilem yang bakal ditayangkan ialah Anak Lorong, Perempuan Itu Ibuku, Bedah Tong Gas Nak Raya, Sebelum Kiamat, Fatihah Untuk Abah, Aku Bukan Malaikat, Neraka Abah dan Di Bawah Langit Mu. 
Seperti tahun sebelumnya, selain rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad seperti TV3, ntv7, 8TV dan TV9, pihak penganjur turut menjemput stesen televisyen RTM, Astro dan TV AlHijrah untuk sama-sama menyertai anugerah berprestij ini. 

Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin, berkata ASK 2013 bakal memecah tradisi dan membuat pembaharuan yang akan diumumkan pada awal November nanti.

“Seperti yang pernah kami tegaskan sebelum ini, Anugerah Skrin bukanlah pertandingan antara stesen televisyen, tetapi drama dan terbitan bermutu yang disiarkan melalui stesen ini yang dipertandingkan.

“Kami berharap agar penganjuran ASK 2013 turut mendapat kerjasama dan soko­ngan positif daripada rakan stesen televisyen lain. Ia memberi pengiktirafan kepada pengeluar drama, filem dan produksi TV tempatan,” katanya. 

Menurutnya, telefilem dan drama bersiri yang dicalonkan pula hasil penerbitan syarikat yang memenuhi slot drama di semua rangkaian televisyen setiap minggu. Antara faktor menyebabkan telefilem dan drama bersiri ini terpilih untuk ditayang­kan di TV adalah garapan skrip yang baik, jalan cerita yang sempurna, lakonan mantap dan mutu penerbitan yang baik serta mampu menyampaikan mesej positif di samping boleh menarik perhatian penonton. 

Calon yang dipertandingkan pula terdiri daripada terbitan yang sudah ditayangkan di TV dan pawagam mulai 1 Julai 2012 hingga 30 Jun lalu. Semua pencalonan akan dinilai panel juri profesional yang dipilih. 

Bagi kategori Drama Terbaik yang menjadi tumpuan utama dalam ASK 2013, TV3 menyenarai pendekkan 16 drama iaitu Akhirnya Kisah Perempuan, Aku Bukan Malaikat, Anak Lorong, Bedah Tong Gas Nak Raya, Di Bawah Langit Mu, Fatihah Untuk Abah, Hari Hari Terakhir Seorang Seniman, Kampong Semarah Padi, Kawan, Mawar Putih Tanda Perpisahan, Neraka Abah, Perempuan Itu Ibuku, Sebelum Kiamat, Siapa Dapat Lisa, Strawberry Karipap dan Tunggu Sekejap. 

Perempuan Itu Ibuku, untuk siaran 10 Oktober ini mengisahkan Azri dibesarkan di lorong pelacuran di sekitar Chow Kit apabila ibunya, Zainun dipaksa menjadi pelacur selepas bapanya dijatuhi hukuman gantung sampai mati atas kesalahan memiliki dadah. 

Dadah itu sebenarnya dimiliki Johan, seorang pengedar dadah dan juga bapa ayam. Johan menuntut ganti rugi daripada Zainun. Apabila Zainun gagal membayar ganti rugi, Johan memaksa Zainun menjadi pelacur dan mengugut akan membunuh Azri sekiranya Zainun berpaling tadah. Azri sering menghabiskan masa di Masjid Kampung Baru. Selain mendapat makanan daripada mereka yang bersedekah, Azri selalu mendengar kuliah agama yang disampaikan imam masjid berkenaan iaitu Pak Hamid. 

Telefilem ini dilakonkan, Shukri Yahaya, Sherry Merlis, Izreen Azminda, Zamarul Hisham. 

Bedah Tong Gas Nak Raya (17 Oktober) menceritakan hari pertama berpuasa, Bedah akan tinggal di rumah ibunya, Mak Senah yang juga bidan kampung. Pak Kulop diminta menjaga perniagaan tong gas Bedah manakala Zamri menjaga bayinya. 

Kemunculan Che Ta dalam kampung itu untuk menjual gas mengejutkan Bedah kerana Che Ta akan menjadi rakan niaganya. 

Pelakon yang membintangi telefilem ini, Noorkhiriah, Rozita Che Wan, Jalil Hamid, Bell Ngasri dan Syanie.

Hanez rahsia identiti teman baru

Kira-kira tiga bulan lalu kisah perpisahan pelakon tinggi lampai Hanez Suraya Abd Aziz dengan pe­nyanyi dan penulis lagu Awi Rafael diperkatakan secara meluas.







Belum pun lama mana, jelitawan berusia 28 tahun ini sekali lagi dikaitkan dengan kontroversi terbaru yang menyentuh ruang peribadinya.
Kali ini, Hanez ‘diserang’ pula gara-gara gambar mesranya dipeluk seorang lelaki tersebar di Internet, baru-baru ini.

Untuk kontroversi itu, anak sulung dalam keluarga ini sudah tampil menyuarakan penjelasan yang mereka hanya teman rapat.

Gadis dari Subang Jaya Sela­ngor ini berkata, hubungan de­ngan lelaki yang masih dirahsiakan identiti itu belum ke tahap serius seperti didakwa.

“Memang dia rapat dengan saya sekarang tapi tidak boleh umumkan dia adalah yang istimewa setakat ini.

“Dia hanya kawan rapat tapi belum ada dalam hati saya lagi. Benda (gosip) pun sudah tersebar, jadi itu saja yang boleh saya jawab buat masa ini,” katanya ketika hadir pada sesi fotografi bersama RAP mempromosikan drama rantaian Love You Mr Arrogant, baru-baru ini.

Mengulas lanjut Hanez me­ngakui, kesilapannya sebelum ini yang bersikap terbuka dalam berkongsi hal peribadi meninggalkan impak kurang baik.

“Sebelum ini saya tidak pernah kedekut berkongsi hal peribadi kepada khalayak dan ke­sannya orang sentiasa nak tahu apa saja kontroversi yang timbul.

“Kali ini saya tidak mahu bercerita banyak lagi. Biarlah orang tahu saya rapat dengan seseorang tapi saya tidak mahu orang tahu identitinya,” katanya mengakui gambar itu diambil ketika dia menjalani penggambaran program sukan di Pulau Tioman, Pahang, bulan lalu.

Pelakon berpengalaman selama sedekad dalam seni lakon ini berkata, keputusan itu diambil bertujuan mengimbangi antara kisah peribadi dan kerjaya untuk tatapan umum.

“Sudah tentu tidak selesa juga apabila diajukan pertanyaan mengenai kisah peribadi saja setiap masa. Saya akui benda sensasi boleh dijual tapi biarlah cerita kerjaya juga menonjol.

“Tidak sedap juga kalau orang beranggapan saya jenis artis yang sibuk jaja kisah peribadi berbanding kerja. Tapi kalau sikit-sikit (kontroversi) tidak jadi masalah untuk dikongsi,” katanya.

Bagi Hanez, sebagai selebriti dia perlu bijak mengatur strategi efektif dalam memasarkan dirinya.

“Saya memang percaya strategi penjenamaan diri sangat penting bagi memastikan kelangsungan kerjaya dan populariti.

“Ada waktu kontroversi akan datang dengan kerja yang kita buat. Tidak salah pun kalau kita hadapinya kerana setiap cerita yang timbul membantu penjenamaan.

“Asalkan kontroversi itu bukan kita buat sendiri, saya tidak kisah untuk jawab. Sekurang-kurangnya ada juga benda untuk diperkatakan ketika saya muncul dengan produk,” kata­nya.

Sambungnya, bersikap tertutup dan melarikan diri daripada kontroversi bukan kaedah baik untuk kelancaran kerjaya sese­orang artis.

“Kalau setakat bercakap dan fokus pada kerja saja tentu tidak banyak benda dapat diperkatakan sedangkan perkara sensasi yang menarik perhatian ramai.

“Biarlah kedua-dua aspek ini sama naik. Campur-campur dengan kisah kerjaya tak jadi masalah pun. Yang penting perlu pandai kawal,” katanya.


Tak puas tapi syukur

Hanez mengakui kemunculan pelbagai cerita sensasi adalah sebahagian tuntutan yang perlu dihadapi seiring perkembangan positif kerjayanya.

Atas sebab itu, dia enggan merungut atau melenting dengan setiap perkara yang timbul.

“Sebenarnya pada tahap sekarang saya perlu menjadi lebih penyabar dan kuat menghadapi apa juga cabaran termasuk kontroversi.

“Gosip, kritikan atau kontroversi boleh menjatuhkan jika tidak pandai menguruskannya. Jadi saya perlu cekap memainkan peranan mengikut keadaan,” katanya.

Tambah Hanez, selepas sekian lama bertatih untuk berada pada tahap ini dia tidak mahu perkara remeh-temeh merencatkan kelancaran kerjaya.

“Tidak mudah sebenarnya apabila kita makin dikenali. Ramai orang suka lagi ramai iri hati dan dengki. Itu perkara normal.

“Saya belum puas de­ngan pencapaian semasa tapi saya amat bersyukur atas rezeki ini. Jadi saya harus jaga sebaik mungkin kerjaya agar berpanjangan. Paling penting, pencapaian ini bukan ruang untuk bangga diri dan berpuas hati tapi inilah kepercayaan orang untuk saya meningkatkan kualiti kerja,” katanya.

Mengenai drama Love You Mr Arrogant, Hanez berkata, tindakan membaca novel asal membantu pe­nyampaian wataknya sebagai Sherry.

“Kalau dalam novel, watak Sherry kecil saja tapi dalam versi drama ia dikembangkan. Sekali lagi saya bawa watak antagonis tapi ia tidak rumit untuk dijayakan.

“Malah komitmen penggambaran juga tidak pernah berlanjutan ke lewat malam,” katanya.

Drama 26 episod arahan Eoon Shuhaini itu turut dibintangi Azlee Khairi, Zara Zya, Anzalna Nasir, Keith Foo, Mustapha Kamal, Fadilah Mansor, Alex Yanz dan Aishah Illias.

Ia disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam di TV3.

Komen Anda?

BACA YANG INI PULAK :-)

Jom Berhenti Merokok