Monday, 14 October 2013

Ustaz Azhar Idrus Jelaskan Hukum Nikah Dua Kali



Dalam isu perkahwinan rahsia pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, satu perkara yang dipersoalkan oleh ramai pihak ialah status perkahwinannya selepas bernikah sebanyak dua kali. Menurut Aeril, pernikahan kali pertama pada 25 Februari 2012 di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya hanya memenuhi hukum syarak sahaja tanpa sebarang dokumen dan berwalikan bapa Wawa. Pernikahan kedua pula ialah untuk memenuhi syarat undang-undang negara dan seterusnya mendafftarkan perkahwinan di jabatan agama masing-masing. Bagi menjernihkan isu ini, sebuah video mengenai isu ini telah dimuatnaik di laman YouTube di mana Ustaz Azhar Idrus memberi penjelasan mengenainya. Menurutnya, pernikahan itu adalah sah asalkan pasangan mematuhi hukum dan syarat sah yang ditetapkan Islam walaupun bernikah sehingga dua kali. Apapun, anda tontonlah sendiri video ini supaya lebih jelas dan faham dengan penjelasan Ustaz Azhar mengenai isu ini daripada bertindak sebagai ustaz dan ustazah ‘wannabe’ di laman sosial.


Saturday, 12 October 2013

Aeril Zafrel Sedih Dituduh Punya Anak Luar Nikah






PADA awalnya, sidang media khas Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang diadakan restoran Western 114 di Neo Damansara, petang semalam bermula dalam suasana tenang.
Meskipun pasangan kontroversi ini membiarkan pihak media menunggu mereka 1 jam lewat dari masa yang dijanjikan, namun pihak media masih boleh bersabar dan memahami keadaan mereka – terperangkap dalam kesesakan lalulintas, katanya.
Namun pertengahannya perjalanan majlis yang dipenuhi pihak media itu menjadi agak tegang apabila Aeril yang sejak dari awal banyak berkias dalam memberikan setiap jawapan sehingga sikapnya itu ditegur oleh para wartawan. Manakan pihak media tidak berang, sudahlah majlis bermula lambat, Aeril pula masih lagi seperti mahu memutar belitkan jawapan dengan ‘hujah-hujahnya’.
Padahal dia boleh saja berterus terang untuk menjimatkan masa pihak media.
Begitu pun, dalam pada dia berbalas hujahnya dengan pihak media, Aeril meluahkan rasa kesal kerana tidak mendedahkan status mereka lebih awal. Aeril juga turut mempersoalkan tujuan media membongkar hal perkahwinan mereka.
“Ya saya menyesal kerana tidak mendedahkan status perhubungan ini lebih awal dan pada masa sama tertanya-tanya apakah tujuan wartawan itu mendedahkan hal kami? Mengaku atau tidak, itu hak kami untuk memberitahu.

“Saya sedih apabila banyak tohmahan dilemparkan kononnya anak saya tidak sah taraf. Apabila tengok anak sedang tidur, saya menangis sedih kerana anak itu dianggap anak haram. Saya tak kisah diri ini dihina, tetapi disebabkan pihak itu mendedahkan anak saya tanpa kebenaran, buatkan saya sedih”, katanya.
Dalam pada Aeril cuba menyalahkan pihak media, kami puji sikap Wawa yang nampak lebih bijak dan matang daripada suaminya bertidak memohon maaf kepada pihak media kerana tidak mahu keaadan menjadi tegang.
“Macam ini, kami meminta maaf kepada semua kerana penafian ini. Apa yang dilakukan semuanya bersebab”, kata Wawa. – mDigest
Kredit foto Faisol Mustafa.

David Teo Sampai Kuarantin Wawa…Ye Ke?



 PEMILIK syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG), David Teo menafikan tuduhan artis residennya, Wawa Zainal yang mengatakan MIG pernah ‘mengurung’ serta menguarantin dirinya selama sebulan adalah satu tuduhan yang mengarut dan tidak berasas.
Wawa mengatakan dia dikuarantin daripada berjumpa Aeril selepas pihak pengurusan mula menghidu kisah cintanya dengan Aeril Zafrel.
Mengulas mengenai perkara itu, David menjelaskan, “tidak mungkin!   Itu tuduhan mengarut.  Jika benar dikuarantin, macam mana Wawa boleh menyelinap keluar daripada kediaman yang pihak MIG sediakan untuk berjumpa dengan Aeril?  Dan jika dikuarantin, maka mereka tidak mungkin boleh ada anak, bukan”?
Pada sidang media semalam, Wawa dan Aeril mendedahkan mereka terpaksa merahsiakan perkahwinan mereka kerana takut melanggar kontrak yang melarang artis MIG daripada bercinta dan berkahwin.

Namun, David menafikan tidak membenarkan mana-mana artis di bawah naungannya untuk berkahwin.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya.  Memang dalam kontrak kami tidak membenarkan artis bercinta.
Tetapi mereka boleh membuat pengesahan kepada pihak pengurusan sekiranya mereka sudah berkahwin,” katanya memetik kenyataan mStar Online.
Di sebalik semua kontroversi yang melanda pasangan muda itu, David dikatakan masih lagi menerima Wawa sebagai artis naungan MIG kerana berpendapat bahawa kejelitaan Wawa boleh membawanya untuk pergi lebih jauh dalma bidang seni tempatan.

Friday, 11 October 2013

Faizal Terima Longkai Kerana Erra Fazira



Pelakon Faizal Hussein mengakui Erra Fazira merupakan di antara penyebab utama dirinya menerima tawaran untuk membintangi filem terbaru terbitan Metrowealth (MIG), Longkai.
Menerusi portal Murai, Faizal berkata dia sudah lama menyimpan keinginan untuk berganding dengan primadona filem Melayu itu sejak sekian lama.
“Selain jalan cerita serta aksi yang mahu ditonjolkan dalam filem ini, saya teruja hendak berlakon dalam filem ini kerana Erra Fazira heorin saya.
“Bila saya dengar Erra berlakon sama, saya teruja sebab memang teringin nak berlakon dengan dia dan kami tiada maslah untuk wujudkan keserasian ketika di set,” katanya.
Longkai arahan Hashim Rejab turut dibintangi oleh Dira Abu Zahar, Pierre Andre, Wawa Zainal dan Along Eyzendy sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula semalam.
Menurut hero yang terkenal dengan watak Roy itu, filemnya kali ini lebih banyak menekankan aspek permainan emosi selain dia turut berpeluang melakonkan aksi stuntnya sendiri.


Syamsul Mula Bersuara Perihal KL Gangster 2



TIADA istilah saya mahu membiarkan ayah (Datuk Yusof Haslam) berjuang bersendirian selepas apa yang berlaku kepada filem KL Gangster 2,” kata Syamsul Yusof, yang tampil buat kali pertama selepas kira-kira sebulan menyepikan diri apabila filem aksi arahannya menjadi mangsa rompakan digital paling teruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Biarpun pada dasarnya, tanggungjawab terhadap filem berkenaan sudah pun selesai sebaik saja dia menyempurnakan judul itu, namun akui Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-23 dan ke-24 ini, dia akur peranannya juga penting dalam memastikan kejayaan naskhah terbabit di pasaran.
Justeru, selain usaha dilakukan penerbit serta pasukan promosi, dia juga cuba membantu menerusi caranya sendiri.

“Setiap hari saya mengikuti perkembangan industri, terutama perkembangan filem saya yang menjadi mangsa parasit tidak bertanggungjawab. Dalam masa yang samasaya ada hadir ke beberapa lokasi promosi bersama pelakon lain, cuma tiada media yang tahu.
“Ayah saya memahami situasi sedang saya hadapi. Apa pun saya lebih selesa membiarkan ayah bercakap mengenai isu ini kerana dialah penerbitnya dan lebih layak untuk mengulas mengenai perkara itu.
“Lagipun, apa yang dia perkatakan itu sama dengan apa yang ingin saya luahkan,” katanya kepada HIP, semalam, ketika mengulas tindakannya yang dikatakan menyepikan diri selepas musibah menimpa filem susulan arahannya itu. – Berita Harian

Kontroversi P’kahwinan Aeril-Wawa T’jawab Sudah


Akhirnya kontroversi yang melanda pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal terjawab sudah.
Kisah berhubung kontroversi mereka menjadi perbualan apabila akhbar sisipan mingguan Bipop berjaya membongkar perkahwinan Aeril dan Wawa menerusi penyiasatan penuh ala-ala Crime Scene Investigation (CSI).
Hari ini mereka tampil memberikan kenyataan mengakui sudah bernikah sebanyak dua kali.
Pertama kali, mereka bernikah pada 25 Februari tahun lalu tanpa menghebohkannya kepada pihak media.
Kemudiannya, buat kali kedua, mereka bernikah semula pada 4 Februari tahun ini tanpa diketahui apa sebab musababnya.
Pada ketika itu mereka hanya bernikah tanpa sebarang dokumen dan hanya bernikah mengikut hukum syarak iaitu berwalikan bapa Wawa dan dinikahkan oleh seorang imam yang di datangkan khas dari Sabah.
“Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab,” katanya memetik laporan mStar Online.
Sementara itu, menerusi portal Ohbulan, Aeril menjelaskan, “Kami bernikah hanya untuk menghalalkan perhubungan dan pada masa itu Wawa meminta izin daripada saya untuk tidak mendedahkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan”.
“Namun begitu, setelah Wawa memberitahu saya yang dia mengandung pada bulan Januari 2013, kami mengambil keputusan untuk bernikah lagi sekali dengan dia pada Februari 2013 di Masjid Datuk Harun dan pada waktu itu kami mengikut undang-undang negara. Kami juga mengikuti kursus kahwin dan daftarkan perkahwinan tersebut mengikut jalan yang betul. Kami nikah kali kedua sebab saya nak anak saya lahir nanti dia ber-bin kan dengan nama saya dan bukannya ber-bin kan Abdullah.


“Mungkin orang beranggapan kami terlanjur tapi dari sisi agama sebenarnya anak itu memang sah di sisi agama dan Allah,” ulasnya lagi.
Hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar yang telah dilahirkan pada 24 Ogos lalu.
Sebelum ini, Aeril bermati-matian menafikan dirinya berkahwin dengan Wawa dan kehilangan Wawa juga diragui oleh pihak syarikat pengurusannya, MIG yang ditunjanginya oleh Mejar David Teo.
Wawa dikatakan menghilangkan diri daripada dunia hiburan pada April lalu dan Aeril menyatakan ‘teman tapi mesranya’ itu sedang berubat penyakit misteri di kampung halaman aktres itu yang terletak di Lahad Datu, Sabah.
Mereka berdua dikatakan mula rapat selepas membintangi drama bersiri Klik dan sekali lagi digandingkan bersama menerusi filem 99 Kali Rindu terbitan MIG.
Nama anak mereka iaitu Ahmad Fakharuddin Attar juga tidak asing dalam diri Aeril apabila nama itu merupakan nama wataknya menerusi filem bergenre Islamik itu.
Sebelum ini, artis-artis di bawah syarikat pengurusan MIG dikatakan tidak boleh bercinta kerana terikat dengan kontrak serta syarat yang sudah termaktub dalam polisi syarikat tersebut.
Persoalannya kini, adakah Aeril dan Wawa merahsiakan perkahwinan mereka kerana ‘takut’ dengan syarat David Teo ataupun sememangnya mereka sudah ‘ehem ehem’ sebelum itu lantas menggunakan alasan dua kali bernikah untuk mengaburi mata masyarakat di luar sana?
Wallahualam.. Hanya Aeril dan Wawa yang mengetahui jawapannya – Mynewshub.my


TERKINI..Aeril Zafrel & Wawa Zainal Mengaku Nikah Dua Kali



PELAKON Aeril Zafrel akhirnya mengaku hubungannya dengan aktres Wawa Zainal selama ini bukanlah teman biasa tetapi mereka sebenarnya adalah suami-isteri.
Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dan Wawa, 22, telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia tanpa dihebohkan kepada pihak media.
“Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis yang diadakan di sebuah restoran di Neo Damansara, di sini petang Jumaat.


Tambah Aeril, mereka bernikah sebanyak dua kali iaitu pada kali kedua , 4 Februari lalu, hampir setahun selepas pernikahan pertama.
Terdahulu, akhbar pada Ahad lalu melaporkan Aerial sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, secara senyap.
Hasil perkahwinan itu mereka dikatakan telah mendapat anak pada 24 Ogos lalu yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.
Terdahulu, desas-desus tentang hubungan rapat mereka telah terdengar namun dinafikan Aeril dengan memberitahu hubungan baik tersebut hanya sebagai rakan artis semata-mata manakala Wawa dikatakan pulang ke kampung halamannya di Sabah akibat sakit misteri.


Komen Anda?

BACA YANG INI PULAK :-)

Jom Berhenti Merokok